20090712

ghost episode 13

" u kena buat pilihan, pilihlah untuk hidup"

Finally habis jugak dan secara automatiknya aku dah ada full episode yang telah didownload. Kemungkinan season 3 akan muncul sangatlah cerah sebab endingnya sangatlah subjektif. Apa-apapun yang berlaku kena ingat bahawa ini ialah cerita fiksyen alaf baru. So tak payah nak musykil kenapa ini dan kenapa itu. Hehehe...

20090620

47 km/h

video

Gua syak, kutu Seri Kembangan pun kecut perut nak turun hill macam ni, owh lupe, tayar sotong mana kacip dengan offroad.Ahaks..

Statistik berat badan gua:

Takde beza, sebab sebelum ride gua dah bedal roti kosong sama nes tarik pastu habis ride gua makan nasi lauk ayam campur sayur sama ais kosong,nes ais dan juga nes o ais. Tak kisah pun, janji keluar peluh.

Statistik daripada Cateye Enduro 8 gua simpan jek la,kang publish macam klise dan nak elakkan daripada kontroversi pihak ketiga.Sekian.

20090619

d-24

Memang heaven betul makan durian dalam opis time kerja. Dengan air-cond lagi, tempat yg limited, kami tetap gagahi untuk mendapat nikmat makan durian ni. Bau bilik ni jangan cakap lah, pakai ambi-pur 10 botol pun still kalah lagi dengan bau ni. Memang heaven sangat, dah nak sambung makan balik..

Nota: Sekalung terima kasih untuk Hj. Fahmi sebab sponsor durian ni, dah dua kali dah, janji nak share-share,last-last tak payah bayar pulak.

20090618

mae-munah

Gua berasa simpati jugaklah dekat member gua, Jibam Caltex dan kekasih atas kehilangan kucing kesayangan mereka tanpa berita tempoh hari. Akaun Facebook pun dah dibuat khas untuk si Munah ni,tetapi tetap juga memilih untuk menghilangkan diri.

Teringat pesan mak gua dulu-dulu, kucing ni tak boleh ambil gambar,kalau ambil gambar nanti hilang,sebab tu lah kebanyakkan kucing yang hilang ada gambar. Betul jugak kan.

Nota: Teringin nak bela ikan laga balik macam masa budak-budak dulu.

20090615

rekoding artis

Bukan senang nak jadi rekoding artis ni, proses rekoding tu sendiri je dah makan masa berjam-jam, kadang-kadang boleh membawa ke berhari-hari. Tapi tu sume adalah lumrah untuk bergelar seorang rekoding artis .

Segala pahit, jerih semua terpaksa diredahi untuk menjadi seorang rekoding artis yg disegani ramai dan juga yg akan disanjung apabila veteran nanti. Ramai rekoding artis yg kecundang dipangkal jalan dan juga ditengah jalan disebabkan oleh tidak menjaga disiplin, degil, keras kepala, angkuh dan sebagainya.

Kesimpulannya,contohilah rekoding artis ini, berdisiplin, berbudi pekerti dan juga manja.Ahaks!




*video terpaksa diremove atas alasan keselamatan,harap maklum.





Nota: Yang mamat last baju biru muda tu hanguk-hanguk kepala apesal? Nak jadi rekoding artis gak ker? Ahaks lagi skali..