20091101

kayuhan mencari jalan epic ride

Panjang tajuk entri bersamaan panjangnya cerita ride aku minggu ni, datang seawal pagi kat area Plentong dan terus sarapan nasi lemak sambal power dengan Akmal then terus ke tempat berkumpul depan rumah Neo. Agak ramai yg dah datang, geng-geng Cyclemotion dan beberapa geng-geng sendiri pun turut hadir memeriahkan upacara. Ada yg bawak parang, tukul dan juga penyapu. Penyapu??

Semangat datang seawal pagi.

Start ride lebih kurang jam 8.45am gitu, pecah kepada 2 team, satu team kuat untuk kayuh 55km dan satu team sederhana untuk kayuh 30km, aku berat kearah team sederhana sebab dah jemu kayuh 55km,kekeke..

Kayuh sikit berhenti,kayuh siket berhenti sebab tunggu kawan-kawan belakang sebab jalan baru takut ada yg sesat menyebabkan ramai rider handalan seperti Akmal dan aku hilang fokus, jadi mulalah pancit tak keruan. Pukul 11.30am baru 10km ride.

Cabaran bermula.

Sampai separuh jalan dah bertembung dengan team kuat 55km dan terus ride sama2 buat-buat line clear kata orang. Kemudian pecah lagi ke 3 team pula. Team satu ditugaskan utk kerja-kerja cantas-mencantas, team 2 terus ke arah Nusa Damai, team 3 dah hilang entah kemana.

Rider tegar,macam tak reti penat.

Aku ikut team 2 terus ke arah Nusa Damai, sampai Nusa Damai je dah 30km, singgah jap kantin kontrek buat MRSM pekene Milo ais dengan pisang, ada yg ektrim bedal nasi lauk ayam pun ada.

Gambar kenangan bersama Kantin Kontrek.

Oleh kerana dah berada di Nusa Damai dimana penghujung jalan untuk epic ride nnt, jadi kiteorang kene patah balik kearah Plentong yg jaraknya kira2 25km lagi, jam dah pukul 2.39pm, bile nak sampai rumah agaknya, jadi aku bersama bekas rider Le tour De Langkawi, Khairul chicken run terus kerumahnya lebih kurang 2km dr kantin kontrek.

Sampai rumah Khairul, rehat jap dan terus suruh membe de anta kami ke Plentong untuk ambil kereta. Balik dari ambil kereta pekena Air Kelapa Bakar sepam,terus ke rumah masing-masing.

Layan kelapa bakar lagi bagus.

Notakaki 1: Ride 3okm jek,tapi penat kalah ECC Burung Hantu 45km.

Notakaki 2: Helmy, lain kali kunci jam ataupun berjaga terus jangan tidur kalau susah nak bangun pagi, kan dah kena tinggal,hehehehehe...