20100930

nurulazam johar sarponin

Kursus angkat-mengangkat beban berlansung dengan jayanya ditempat gua bekerja tempoh hari. Semasa kursus berlangsung, penceramah angkat-mengangkat beban tersebut ada bertanya beberapa soalan dan siapa yang dapat menjawap akan mendapat topi cap kampeni angkat-mengangkat terbabit. Semua peserta kursus asyik mengangkat tangan tanda mahu menjawap soalan untuk mendapatkan topi, gua angkat,gua jawap, gua dapat topi.

Dari jauh gua lihat abang blog kau silap pun kemain lagi angkat tangan untuk dapat topi, tapi gua tengok si-nurulazam johar sarponin aje yang tak eksaited langsung nak angkat tangan, gua angkat kening tanda bertanya, dia menjawap ringkas "aku kalau dapat kopiah nak lah jawap soalan".

Tangggggg,gua karate kerusi bilik kursus sambil cuba-try-test topi yang baru dapat tadi.


20100920

setan

"Mat, cerita ape lu beli tu", tanya kutu sebelah gua, "cerita ganas ni, ada adegan pukul-pukul, pastu hentak kepala dekat pasu, pastu ada eksiden-eksiden dasyat, sampai hancur muka, lu tengok tajuk pun dah tau ganas ada setan-setan kat hujung dia, memang ganas cerita ni, gua suggest lu jangan tengok lah kalau lu pengecut" balas gua panjang menjela sambil bayar duit DVD kat tokey kedai.



Notakaki: Gua segan nak tengok kat wayang bai, member gua si rider pujmac tu selamba je tengok kat wayang, kah3. Walaupun citer ni 'ganas', siketttttt pun gua tak nangis tau!!