Gua kecewa, rasanya baru beberapa hari je gua tinggalkan scene lepak mamak, gua telah automatic disingkirkan daripada menjadi mayor. Nampaknya persaingan makin sengit, gua tak boleh buat leceh. Mulai esok, gua pastikan gua lepak mamak 2 kali sehari, barulah gua sentiasa jadi mayor, keh3.
20110227
20110221
bauk
20110217
perubahan condong
Tengok, gua berjaya mengkotak-katikan tempat kerja gua menjadi seakan-akan mainan, barulah kerja rasa tak berapa nak pressure sangat, kah kah kah.
Notakaki: Pakai kamera hendpon separa canggih gua je, takde dslr canggih2 pong.
20110207
sunday fun ride
Ride ahad lepas memang ossem, walaupun bertiga dan gua aje yg pakai hardtail, yg lagi 2 orang pakai full-sus maestro masing-masing 4 inci dan 5 inci, tapi feel dia lain macam. Gua cakap ossem sebab ini:
1) Ada tanah runtuh akibat air deras, serius mcm canyon beb.
20110204
banjir
Trut trut trut, 7.30 pagi, henpon separa canggih gua berdering, Mak Saya!, bermaksud mak gua call. Biasanya mak gua call mesti nak ada benda penting ni. Tak cerita pasal pergolakan kehidupan, mesti cerita pasal aktiviti persatuan yang baru dia ceburi tu.
Tapi kali ini lain pulak kisahnya. Mak gua cakap rumah naik air, banjir. Gua tanya serius tak, dia cakap tak sangat, cuma parat satu anak tangga je. Gua balas ooooo kat mak gua lepas tu sambung tidur balik. Gua bangun dari tidur je ada dapat 2 MMS dari mak gua, boleh tahan trendy jugak mak gua sekarang dah pandai MMS-MMS ni. Dia sent 2 keping gambar banjir kat area rumah gua. Berita lanjut banjir rumah gua boleh baca kat sini, blog adik gua.
Sebelum tu, meh kita pekena lagu banjir daripada HSB ni, layannn.
Subscribe to:
Posts (Atom)