20111122

kenduri kawen

Bulan ni jek tak kurang 15 kad kawen atas meja gua. Ada yg kenal, ada yg baru kenal, ada yg buat-buat kenal dan ada juga yg tersalah hantar kat gua.

Disebabkan bulan ni banyak tarikh yg cantik-cantik mcm 1.11.11, 11.11.11, dan 20.11.2011, maka berduyun la org nak kawen disamping pulak serentak dengan cuti sekolah, maka menjadi-jadikan acara kenduri kawen pada bulan ini.

Dgn ini gua nak ucapkan selamat pengantin baru kepada hisam hashim (member opis merangkap brader blog kau silap), aziana (member poli), shake (sedara makwe), radhiah, aie dan jeppghii (member mmhe), ipin POH (member riding) , dan juga nuar PSB (member misc).

Semoga berkekalan ke anak cucu hendaknya, cewahhh. Nah amek lagu siketttt.

20111113

Plentong Epic Ride 2011

Lama benar rasanya gua tak update blog. Janggal pula rasanya.

Plentong Epic Ride (PER) merupakan satu ride yg agak mencabar berbanding jamboree-jamboree yg lain . Ini merupakan tahun ketiga PER di anjurkan oleh Cyclemotion dan dibantu oleh kelab-kelab berbasikal yg lain seperti PG Gerek, KBS, Wacycle, Ronda Riadah, Element DH dan beberapa lagi. Trek untuk PER tahun ini sejauh 55km meliputi kawasan Plentong, Ban Foo, Nusa Damai, Seri Alam dan juga Masai.

Untuk PER tahun ini, gua ditugaskan utk menjaga Check Point no 3, dimana para rider-rider yg handal sahaja boleh sampai di CP sebelum cut-off time pukul 1.30 tengah hari kerana jarak daripada starting point ke CP 3 ini jauhnya 43km. Hangpa bayangkan lah macam mana 1st rider boleh sampai CP 3 ni pukul 10.30 pagi, diorang makan bateri ke ape?

Tugas gua di CP 3 cukup mudah, lap no plat, tampal sticker CP, refill air dlm botol, bagi rider air, bagi rider pisang, spray rider krem, spray rantai dll. Amacam? senang bukan.

Apa-apa pun gua ucapkan syabas pada semua rider yg habiskan ride utk PER kali ini. Kalian mmg osem.


Basking dulu sebelum buat kerja.
Rakan-rakan di CP 3
1st dan 2nd rider sampai, jam 1030 pagi
3rd rider
Bekerja keras tampal sticker dan refill air,hehe.







20110719

tingkat 28

Tiga hari berkursus, patah kaki tadak transport, jalan pahang, monorail chow kit paling hampir, bilek 2806, lift mcm puaka, suria ke convention centre,malam hanya layan dvd melayu.






20110630

tf3

Tengok midnight, memang gua layan tido jelah keja dia. Sedar-sedar je tgk Khilafairy tgh berlakon, eh gua tgk filem karak ke hape ni? shit.

Notakaki: Rosie Huntington - Whiteley kayu.


20110623

rider jalan duku 29


Daripada free ride kepada pro ride. Gua harap kayuhan gua pun akan menjadi pro lepas pakai benda alah ni, kah kah kah!!