20100518

Masai Gym Pte.Ltd.

Hari ni gua pergi gym. gua fokus untuk perut je ni, setakat kaki dah tak payah kot sebab gua cycling setiap hari jumaat dan ahad. Mula-mula start dengan treadmill dulu, undang-undang gym untuk treadmill lepas pukul 5petang, dinasihatkan 20minit je untuk treadmill, gua pun tak tau apesal. Lepas belasah treadmill 20minit gua tengok screen dia tulis gua dah jalan 2km je, ok lah tu. Lepas tu barulah gua buat exercise untuk perut, sit up dalam 50kali, pastu pakai alat yang turun naik - turun naik tu (ntah ape nama ntah) lebih kurang 15minit, lepas alat tolak-tolak pulak lebih kurang 10minit, pastu alat yang tarik-tarik pulak dalam 10minit lagi. Baju dah basah habis ni, kasut new belen gua pun dah basah jugak akibat peluh gua meleleh dari paha sasa gua, gua stop disitu.

Habis je aktiviti gym,gua turun mamak bawah order nasi goreng ayam sama telur dadar, setel.

20100516

Johor Circuit Action

Basikal, basikal juga, sukan permotoran jangan dilupakan pulak. Nampak je gua bawak kereta kat hiway slow, kat trek tengok. Ini baru betul, nak berlumba pergi trek, bukan kat hiway ye kawan-kawan. Bayar sejam RM70, pusing la puas-puas kat trek tu, takde orang pun nak kacau lu orang, jangan sampai jahanam con rod sudah, amacam?


Time register, semangat ni.
Kereta gua kene park kat sini, sebelah kereta ape-ape ntah.
EP3 sape ni park sepah-sepah?
Akimura baru nak start
Jang masuk pit jap
Ok, gua dipaksa ride FD2 ni, terpaksa,akur je..
Laju sangat, ni pun pakai self timer.


Notakaki: Gua duduk grand stand je amik gambar dan video kawan-kawan.

20100503

Jamboree MTB Jasin 2010

Serius, gua tak ingat apa-apa pun pasal jamboree ni lagi lepas hari kejadian, yang mane gua ingat, ada bukit je gua tolak, pastu ada turun bukit je gua turun pelan-pelan sambil tarik brek. Pastu masa brader-brader marshall nak tampal stiker kat checkpoint, gua tak turun basikal pun, sambil kayuh je diorang tampal, sama jugak kat water stop, gua tak berhenti pun, gua main sauk je air mineral yang diorang da siap bukakan penutupnye, barulah nampak mcm pelumba professional katanya.




Gambar rembat dari FB Kevyn


Notakaki: Gua ranking 527 daripada 715 riders, kira macam not bad try again jugak ape??? Lagi gambar sini.