20081229

diari 2002 - harum kasturi sdn. bhd.

SPM baru berlalu 2 minggu lepas, aku balik ke kampung halaman dan tinggal dengan nenek aku untuk mencari kerja-kerja sambilan di sana. Nasib meyebelahi aku, aku diterima bekerja bersama sepupuku disebuah kilang biskut yang agak kukuh ekonominya.

Hari pertama aku bekerja, tugasan paling berat yg terpaksa digalas dimana stok tepung untuk bulan itu sampai,memang malang nasib aku kena punggah tepung-tepung tersebut ke dalam stor secara manual bersama sepupuku yang saiz badannya separuh daripada aku.

Hampir sebulan masa berlalu, pelbagai pengalam manis dan pahit aku lalui di kilang biskut ini, semuanya aku telan, demi mencari rezeki dan pengalaman bekerja selepas SPM, yelah, nanti takda lah malu sangat bila berbual tentang pengalaman bekerja selepas SPM dengan kawan-kawan yang lain masa ambil result SPM nanti.

Biskut di kilang aku ni memang sedap,tak dapat dinafikan kesedapannya. Orang-orang kampung pun suka membeli biskut-biskut ini secara pukal terus daripada kilang.

Mana tak sedap bila telur yang dipenuhi lalat untuk kerja-kerja 'final touch-up' pun boleh di ulang pakai.

1 comment:

Poist-en Ivy said...

Okay... xkan makan biskut buatan kilang lagi dah....