20090416

gunung panti

Sedia maklum ini merupakan kali pertama aku mendaki gunung,ya pertama kali walaupun umur dah mencecah angka 24. Gunung panti tak lah tinggi mana pun, cuma lebih kurang 1,498 kaki ataupun 456 meter dari paras laut. Aku memang eksaited sangat-sangat ni.


Jam 0930, kenderaan yang membawa kami dari tempat penginapan di Kota Tinggi Waterfall resort sampai untuk membawa kami ke kaki gunung.4 trip untuk mengangkut kami seramai 55 orang. Yeah, naik pikap beb,ahaha.


Jam 0945,sampai di kaki gunung, bacaan doa ringkas diadakan bagi menggelak kejadian yang tak diingini berlaku. Aku dah ready untuk mendaki,yeah..


Jam 1000,kami mulakan pendaki, trail agak licin dan berlecak.Semua halangan aku redah je dengan tabah. Kasut getah jenama Bowling yang aku pakai atas nasihat pendaki tegar memang champion,tak payah nak pikir kotor,basah,licin semua boleh.


Jam 1130,setelah sejam setengah mendaki,tibalah halangan yang paling sukar aku rasa, laluan berbatu, 87.44 darjah kecondongan tanpa ralat paralaks. Dengan bantuan tali,memudahkan lagi pendakian.


Jam 1200,tiba dipuncak,aku masih lagi steady, masing-masing sibuk check kasut, takut-takut ada pacat yang follow. Nasib baik aku takde,memang berkesan Tiger Balm aku sapu keliling kaki.


Jam 1430, sampai semula di kaki gunung,seperti biasa, aku masih steady,solid dan rasa macam dah turun 5 kilogram.Hehehe

Nota: Esoknya aku masuk kerja halfday petang, steady jadah. Aku masih tak se-fit rakan-rakan.Ya, akur.

8 comments:

iyan said...

dah macam budak sekolah da...

nuruz said...

hehehehe =)

reza said...

tak kisah lah mcm budak sekolah ke, geng bas sekolah ke, janji aktiviti yang sihat dan berfaedah.

c!k baBy said...

yes!
xtvt sehat.
:D

moqh said...

nih rombongan sekolah mana nih

Anonymous said...

bgus2...

en_me said...

bestnyeerrr panjat gunung tewww..

Anonymous said...

cis..gua miss trip yang ni...smer shark punyer pasal!!hahaa