20090829

surat buat sarah

Dear Siti Sarah,

Sarah, kenapalah perangai kau ni macam ni? Kenapalah mulut kau ni longkang sangat? Sanggup kau beritahu semuanya pada Adam sehingga bergaduh dengan abangnya? Kau ingat dengan taktik kotor kau talifon Jais tempoh hari boleh berjaya ke hah? Sedarlah Sarah, kau tu tak cantik mana kalau nak dibandingkan dengan kakak kau, si Nur tu. Memang patut pun mak kau cakap kau pemalas, memang patut pun Mak Jah tak bagi kau buat air, dia lebih percayakan si Nur tu. Nur memang yang terbaik, kau apa ada? Kesian Wanie kau khianat sampai dia berhenti kerja sebab kau yang tergila-gilakan si Aidil tu. Kau ingat Aidil tu suka sangat ke perangai kau yang tergedik-gedik tu? Sedarlah Sarah, baik kau kerja je kat MAS tu, surat tawaran yang kau koyak tu kau tampal balik elok-elok, insyaAllah diorang akan terima kau kerja. Aku harap, hari Jumaat depan kau berubah. Contohilah kakak kau, si Nur Amina tu.

xxx

CC: Kabir Bhatia
: Mira Mustaffa
: Francis Foo

Siti Sarah, sila ubah perangai!

20090819

SMS dari lahad datu

sabtu lepas,

ding ding.. SMS masuk,

"assalamualaikum sobat, sori lambat bagitau, ari ni aku sanding, hahaha - ikram"

..............................................................................................

Perghh, tak sangka langsung, dulu si Ikram ni black metal habis, laci locker kamsis Hi-Tech 1 nya penuh dengan kaset-kaset Dimmu Borgir-lah, Children of Bodom-lah, Cradle of Filth-lah, As-Sahar-lah dan banyak lagi yang memaparkan tengkorak dan juga tulisan tajam2 sebagai kulit kaset tu tup-tup dah kawen pulak, mane aku tak terkejut dapat SMS cam tu..


Semalam, 10:30 malam,

Trut..trut.. (aku call dia)
Ikram: Hello, aku da tidur lah..
Aku: Ops sori, kan awal lagi beb..
Ikram: Sini sabah malam awal lah..
Aku: Ok faham, bye..

rumah sewa kong-kong, april '05

Selamat pengantin baru bro, semoga lekas dapat anak, boleh bagi nama Dani Filth, wakakaka..

20090811

telinga syaitan

Ni yang gua rasa nak pergi pejabat astro langgan pakej Mustika ni, kepala hotak dia Din Beramboi punya lawak, memang tahap pecah perut lah si-al...


(Minit ke - 3:54)