20100131

Mt. Austin Downhill Challenge 2010

Satu race dan juga event yang agak berjaya dianjurkan oleh ElementDH.com. Gua datang tolong-tolong je mane yg mampu sambil ambilkan gambar sekeping dua. Kerja tiup2 wisel ada lah dalam beberapa kali pastu terus gua cabut amek gambar je. Tinggal partner mashall gua sorang2 jaga line, nasib baik kene tempat yg x berbahaya sangat, kalau kena kat Rock Garden tak dapat jugak gua nak lari-lari.Hehehe..


More photos here.

Notakasut 5.10: Gua macam nak beralih minat ke arah DH lak,hehehe..

20100123

ketika cinta bertasbih 2


Lanjutan dari entri ini, seorang member gua telah baik hati memberi pinjam VCD rare Ketika Cinta Bertasbih 2 yg dibeli di Indonesia. Perghh, gua seperti tidak keruan apabila mendapat VCD ni,seperti orang mengantuk disorangkan bantal rasanya.

Dapat lah menyaksikan sambungan daripada filem yg pertama, terasa puas didalam dada. Sekarang sudah boleh bekerja seperti biasa tanpa rasa tanda tanya. Ahaks..

Notakaki: Gua dengar-dengar cerita Cinta Balqis kelapa sawit episod akhir nak ulang tayang ahad ni, betul ke?

20100118

GA Cyling Fun Ride

Ape barang ler pegi Gugusan Adela tu, kan baik hari-hari minggu camni lepak rumah, bangun lambat, sarapan koko krunch sambil tengok tv sampai tengah hari, pastu layan gosip-gosip artis kat Melodi, pasti makan tengah hari kat restoren peberet, pastu petang tido siket membawa ke malam kan ada gak pekdahnya.

Ni tak, pagi-pagi lagi dah keluar, pastu kene tinggal rombongan lak tu, pastu kucar-kacir cari tempat parking, nak register lagi, pastu dengar ucapan-ucapan lagi, pastu start kayuh basikal, 20 kilometer baru jumpe tempat refill air dengan makan pisang pastu kene kayuh lagi 20 kilometer baru dapat makan nasik ayam,huuu..


Notakaki: Tapi gua puas, lu orang ade ke?? More pic here

20100114

GA Fun Ride - 17 Jan 2010


Amacam? Ada bran? Main area sawit-sawit jek (mcm cerita cinta balqis), 40KM jek, ape ade hal, ride average 11kmh je, pastu kat check point ada makan-makan lak tu, pastu bayar RM10 lak tu, pastu takde cut time lak tu, macam ride-ride hujung minggu jek, jom lah, jom lah..

Notakaki: Pukul 6 pagi da kene kumpul, ride hujung minggu pukul 8 pagi pun 2 minggu berturut-turut aku missed, ape cer?

20100112

ketika cinta bertasbih

DVD pertama gua beli untuk tahun 2010 ni, gua kategorikan DVD sebagai rare sbb susah cari kat kedai, kalau download berlambak kot. Dari tahun lepas asyik dengar soundtrack sahaja nyanyian Melly Goeslaw dan juga Amee, teringin juga nak tonton ceritanya.

Cerita tentang Khairul Azzam, mahasiswa Indonesia yang bekerja separuh masa membuat tempe dan juga bakso utk menaggung keluarga di kampung, dengan anak duta indonesia , Eliana serta Anna Althafunnisa, Furqan dan lain-lain lagi.

Dekat 2 jam juga gua layan last-last keluar tulisan bersambung baik je kat hujung skrin LCD PC gua ni, ape hal pulak ni? Gua fast forward kan sikit confirm cerita ni memang bersambung. Tak patut buat gua macam ni, dah la part genting-genting lak tu,memang kejam lah pengarah filem ni, tak pernah lagi record gua layan filem ada bersambung-bersambung camni lah..



Notakaki 1: KCB 2 sedang ditayangkan di Indonesia, agak-agak bile lah nak masuk sini, yg 1st pun tak masuk-masuk.

Notakaki 2: Filem ni lagi suci dari cerita Cinta Balqis kelapa sawit tu..