Memang champion-lah, tengah-tengah bulan macam ni, time gua nak buat roadtax sama insuran kereta, bukan kereta je, motor sekali tiba-tiba tak boleh nak buat sebab ada saman tertungak. Bukan satu, tapi dua!. Kedua-dua kesalahan membawa laju. Berapa laju? Oh tidak dinyatakan pulak.
Setahu gua lah, perodua myvi gua yang enjinya berkapasiti 1.3liter takdelah laju mana, tambah pula gua dah pakai tayar siri besar, lagilah laju mana je boleh lari tapi tetap juga kena saman. Tapi takpe, gua anggap macam berzakat dengan kerajaan sudahlah.
Notakaki: Kedua-dua kesalahan adalah pada tahun 2009, baru gua ingat tahun tu gua pakai Nissan Skyline R35 bapak gua.
No comments:
Post a Comment