20111113

Plentong Epic Ride 2011

Lama benar rasanya gua tak update blog. Janggal pula rasanya.

Plentong Epic Ride (PER) merupakan satu ride yg agak mencabar berbanding jamboree-jamboree yg lain . Ini merupakan tahun ketiga PER di anjurkan oleh Cyclemotion dan dibantu oleh kelab-kelab berbasikal yg lain seperti PG Gerek, KBS, Wacycle, Ronda Riadah, Element DH dan beberapa lagi. Trek untuk PER tahun ini sejauh 55km meliputi kawasan Plentong, Ban Foo, Nusa Damai, Seri Alam dan juga Masai.

Untuk PER tahun ini, gua ditugaskan utk menjaga Check Point no 3, dimana para rider-rider yg handal sahaja boleh sampai di CP sebelum cut-off time pukul 1.30 tengah hari kerana jarak daripada starting point ke CP 3 ini jauhnya 43km. Hangpa bayangkan lah macam mana 1st rider boleh sampai CP 3 ni pukul 10.30 pagi, diorang makan bateri ke ape?

Tugas gua di CP 3 cukup mudah, lap no plat, tampal sticker CP, refill air dlm botol, bagi rider air, bagi rider pisang, spray rider krem, spray rantai dll. Amacam? senang bukan.

Apa-apa pun gua ucapkan syabas pada semua rider yg habiskan ride utk PER kali ini. Kalian mmg osem.


Basking dulu sebelum buat kerja.
Rakan-rakan di CP 3
1st dan 2nd rider sampai, jam 1030 pagi
3rd rider
Bekerja keras tampal sticker dan refill air,hehe.







1 comment:

akmalhizam said...

CP3 tu dokek yo dongan rumah aku tu. apakan daya, aku kat KL, kayuh kat FRIM. haha...