20101205

bah-tam

Batam, memang bukan sehati dengan gua. Hanya untuk golongan lelaki yang berhidung belang atau lebih tepat lagi hanya untuk main perempuan, serius!. Nasib baik gua pergi ini atas urusan kerja dan dihantar oleh kampeni untuk memastikan bisnes kampeni lebih mengguntungkan dimasa akan datang sejajar dengan saranan PM untuk mendapat keuntungan RM5 billion dalam masa lima tahun. Oke tipu, gua pergi dengan gepren dan kawan-kawan sahaja-sahaja perabis masa dengan duit.

Apa yang gua boleh ringkaskan ialah:
  • Bangunan paling cantik kat Batam gua rasa Stesen Minyak Pertamina
  • Kedua caj teksi tertalu mahal dan diconvert dlm SG dollar
  • Imegresen setia dengan konsep "korupsi matlamat kami"
  • Kalau kereta takde hon, memang eksiden je lah jawapnya
  • Banyak tempat basuh motor
  • Feri bau diesel
  • Harga boading pass mahal
  • Syurga elektrik masih jual TV kotak.
Ok,tapi satu je yang gua berkenan, makanan sedap, serius sedap. Harga boleh lah tahan, tapi enak mas, kah kah kah. Tapi walaubagaimanapun, ni lah trip gua ke Batam first and last, serius!

3 comments:

nuruz said...

kahkahkahkahkah!!!!!!

iyan said...

xdpt pegi BAli pegi BAtam pun jadik la...
kah..kah..

reza! said...

nuruz dan iyan: ni kire pre-trip la sebelum ke BAli dan BAndung, kah3!