20110204

banjir

Trut trut trut, 7.30 pagi, henpon separa canggih gua berdering, Mak Saya!, bermaksud mak gua call. Biasanya mak gua call mesti nak ada benda penting ni. Tak cerita pasal pergolakan kehidupan, mesti cerita pasal aktiviti persatuan yang baru dia ceburi tu.

Tapi kali ini lain pulak kisahnya. Mak gua cakap rumah naik air, banjir. Gua tanya serius tak, dia cakap tak sangat, cuma parat satu anak tangga je. Gua balas ooooo kat mak gua lepas tu sambung tidur balik. Gua bangun dari tidur je ada dapat 2 MMS dari mak gua, boleh tahan trendy jugak mak gua sekarang dah pandai MMS-MMS ni. Dia sent 2 keping gambar banjir kat area rumah gua. Berita lanjut banjir rumah gua boleh baca kat sini, blog adik gua.

Sebelum tu, meh kita pekena lagu banjir daripada HSB ni, layannn.

No comments: