20090620

47 km/h


Gua syak, kutu Seri Kembangan pun kecut perut nak turun hill macam ni, owh lupe, tayar sotong mana kacip dengan offroad.Ahaks..

Statistik berat badan gua:

Takde beza, sebab sebelum ride gua dah bedal roti kosong sama nes tarik pastu habis ride gua makan nasi lauk ayam campur sayur sama ais kosong,nes ais dan juga nes o ais. Tak kisah pun, janji keluar peluh.

Statistik daripada Cateye Enduro 8 gua simpan jek la,kang publish macam klise dan nak elakkan daripada kontroversi pihak ketiga.Sekian.

20090619

d-24

Memang heaven betul makan durian dalam opis time kerja. Dengan air-cond lagi, tempat yg limited, kami tetap gagahi untuk mendapat nikmat makan durian ni. Bau bilik ni jangan cakap lah, pakai ambi-pur 10 botol pun still kalah lagi dengan bau ni. Memang heaven sangat, dah nak sambung makan balik..

Nota: Sekalung terima kasih untuk Hj. Fahmi sebab sponsor durian ni, dah dua kali dah, janji nak share-share,last-last tak payah bayar pulak.

20090618

mae-munah

Gua berasa simpati jugaklah dekat member gua, Jibam Caltex dan kekasih atas kehilangan kucing kesayangan mereka tanpa berita tempoh hari. Akaun Facebook pun dah dibuat khas untuk si Munah ni,tetapi tetap juga memilih untuk menghilangkan diri.

Teringat pesan mak gua dulu-dulu, kucing ni tak boleh ambil gambar,kalau ambil gambar nanti hilang,sebab tu lah kebanyakkan kucing yang hilang ada gambar. Betul jugak kan.

Nota: Teringin nak bela ikan laga balik macam masa budak-budak dulu.

20090615

rekoding artis

Bukan senang nak jadi rekoding artis ni, proses rekoding tu sendiri je dah makan masa berjam-jam, kadang-kadang boleh membawa ke berhari-hari. Tapi tu sume adalah lumrah untuk bergelar seorang rekoding artis .

Segala pahit, jerih semua terpaksa diredahi untuk menjadi seorang rekoding artis yg disegani ramai dan juga yg akan disanjung apabila veteran nanti. Ramai rekoding artis yg kecundang dipangkal jalan dan juga ditengah jalan disebabkan oleh tidak menjaga disiplin, degil, keras kepala, angkuh dan sebagainya.

Kesimpulannya,contohilah rekoding artis ini, berdisiplin, berbudi pekerti dan juga manja.Ahaks!




*video terpaksa diremove atas alasan keselamatan,harap maklum.





Nota: Yang mamat last baju biru muda tu hanguk-hanguk kepala apesal? Nak jadi rekoding artis gak ker? Ahaks lagi skali..

20090614

ghost (tapi tak seram pun)

"alam pun dah mati, fariz merelakan untuk mati, next siapa punya turn pulak? Edmund Soo? "

Cerita ni dah masuk episod 9,tapi makin rumit,nak cari siapa pembunuh sebenar,apa motifnya? Adakah Romeo betul-betul yg bunuh semua dan siapa pula Sara? Zack Imran pun dah muncul kembali, apa pula motifnya? Siapa yg sebenarnya bunuh Harum? Alicia Soo pulak macam mana?

Ah,ini semuanya cerita rekaan yg buatkan kepala otak aku serabut dan tak sabar jek nak tunggu tiap-tiap pukul 10 malam ahad, saluran 708. Memang satu-satunya cerita Malaysia yg lain daripada lain lah.Cilakak betul..

Nota: Aku dah donlod episod 1-8, tunggu complete,aku plan nak hantar kat tokey DVD pasar borong pandan jek.

20090609

epilog cinta - boboy

Gua syak sejak kes ni lah kutu Putrajaya sorang ni jaki dengan gua bila gua hapdet blog pasal aktiviti berbasikal gua. Prinsip gua senang jek,lu ada basikal lu kayuh,lu ada kasut futsal jenama Abidas,lu main futsal. Lu ada buku teks fizik tingkatan 4,lu baca.Peperiksaan penggal kedua dah dekat dah ni..

20090605

johor bahru night ride

Plan asal :  Danga bay - Bukit serene - Nong Chik - Larkin - Larkin Perdana - Kg. Melayu - Kebun Teh - Holiday Plaza - Sentosa -Pelangi - Segget -Danga Bay. 

Tapi disebabkan banyak traffic light, ride group dah terpecah kepada 3. Group aku terpotong dari Kebun Teh terus ke Segget disebabkan salah faham. Hahaha,anyway, still ride yg hebat juga. Thanks Mr. Organizer,next time roger2 lagi.

Stats:
Total Distance: 27.23km (kalau ikut plan asal jejak gak 30km++)
Average speed: 17.7km/h (ride
rilex2 jek)
Max speed: 50.0 km/h (bukit mmg
champion)
Ride time:1 hour 32 mins 17 secs
Total ride time: about 3 hours 


Nota: Turun ah JB kalo nak try ride dgn budak-budak muda, asyik ride dgn otai je,hehehehe.

20090601

cuti-cuti malaysia

aku: isnin ni aku cuti tau, ada family matter siket nak kasi settle

rakan seprojek: weh,aku nk cuti gak,nak anta mak aku umrah ni,flight kat Singapore

aku: hah, hurmm ko cuti half day ah,aku dah lame apply ni,boss da approve pun..

rakan seprojek: yelah-yelah


Nota: Famliy matter sangat, cuti-cuti Malaysia yop,lame dah tak berehat sakan,yeahhh..