20100518

Masai Gym Pte.Ltd.

Hari ni gua pergi gym. gua fokus untuk perut je ni, setakat kaki dah tak payah kot sebab gua cycling setiap hari jumaat dan ahad. Mula-mula start dengan treadmill dulu, undang-undang gym untuk treadmill lepas pukul 5petang, dinasihatkan 20minit je untuk treadmill, gua pun tak tau apesal. Lepas belasah treadmill 20minit gua tengok screen dia tulis gua dah jalan 2km je, ok lah tu. Lepas tu barulah gua buat exercise untuk perut, sit up dalam 50kali, pastu pakai alat yang turun naik - turun naik tu (ntah ape nama ntah) lebih kurang 15minit, lepas alat tolak-tolak pulak lebih kurang 10minit, pastu alat yang tarik-tarik pulak dalam 10minit lagi. Baju dah basah habis ni, kasut new belen gua pun dah basah jugak akibat peluh gua meleleh dari paha sasa gua, gua stop disitu.

Habis je aktiviti gym,gua turun mamak bawah order nasi goreng ayam sama telur dadar, setel.

2 comments:

Ahmad Kadafi said...

nasik goreng telur dadar satu pakej dengan gym ke?

Kendo said...

gym ni kt mano..?