20100826

balasungkawa : rushdee


rumah sewa jalan intan 4, 2005.

"Al-fatihah buat arwah Rushdee, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin."


20100821

tbcp-a topsides.


*******************************************


Cakap banyak pun tak guna, projek gua dijadualkan load-out tepat pada malam 10 September 2010, yakni bersamaan dengan malam raya membawa ke hari raya ke-15. Siapa-siapa yang rasa nak kene un-friend dengan gua dekat Facebook, cuba-cubalah wish selamat hari raya kat wall gua tu.

Notakaki: Gua dah nekad nak pakai samping sama songkok pada coverall kerja gua pada pagi raya tanda protes.

20100818

sebut harga 2010

Ding-ding, tanda SMS masuk dalam henpon gua. "Datang opis petang ni amek sebut-harga 2010". Alamak, supplier gua ni main SMS-SMS pula, berapa kali gua suruh email benda-benda penting macam ni, baru tampak rasmi. Gua capai helmet MS88 gua terus meluncur laju ke opis supplier gua ni, tingkat 8. Gua nampak seketeri dia, cantik, baju ada tulis MNG kat bahagian dada.

"Datuk Farid ada?' tanya gua. "Dia takde, dia meeting dengan Tan Sri Halim untuk projek kat Dubai bla bla bla RM6juta bla bla bla Rhoma Irama bla bla bla" panjang balas dia. "Datuk Farid ada tinggalkan apa-apa tak untuk saya" tanya gua. "Ada. dia ada tinggal sebut-harga 2010, ada dalam tray depan tu" balas dia. "Thanks" balas gua ringkas. Gua pun lincah pergi amek sebut-harga yang dijanjikan tu dalam tray depan, damn, Thunder Clap naik RM2 tahun ni gua jerit kecil sambil tinggalkan opis Datuk Farid.


Notakaki: Apehal jeling-jeling? Nak kene fire dgn Merdeka 49???

20100815

ramadhan singapura


"Lomo LCA X Agfa CT Precisa 100"

Pergi jalan-jalan di singapura bulan-bulan puasa ni boleh bikin pahala puasa gua kurus, dia punya dugaan macam awek-awek hot ganti puasa dibulan tak puasa rasanya. Mana taknya, pakaian mereka terdedah disana-sini, buat mata gua meliar sahaja.

Gua dah cuba sedaya upaya gua untuk memandang benda yg elok-elok sahaja, puas gua menahan daripada queen street membawa ke bugis membawa ke somerset membawa ke orchard gua tahan. Sampai orchard, lalu depan kedai ini, boleh pulak kutu-kutu ajak gua masuk, gua ape lagi, gua bagi tazkirah dua tiga perenggan kat kutu-kutu ni sambil melangkah masuk dalam kedai. Cilake, kurang pahala puasa gua siak!!

Notakaki: Lu orang pernah dgr tak tentang Perasaan Ingin Tahu???

20100813

lomokids.com



Serius, dah lama gua tak pegang kamera-kamera lomo gua, semua tersimpan rapi dalam dry-cabinet bilik gua. Filem pulak ada lagi dalam 10- 15 roll yang belum gua guna tersimpan rapi dalam peti-ais kat dapur gua. Filem yang tak develop ada 10 roll tersimpan rapi atas meja komputer gua. Hasil lomo gua lu orang boleh tengok kat sini, hasil lomo kawan-kawan lain lu orang boleh tengok kat sini pula.

Notakaki: Esok gua nak lincah pergi robin develop filem time rehat, harap gua sukses,ahaks.

20100810

khairul zainudin


Gua syak mamat ini mesti tersenyum lebar sambil anguk-anguk kepala laju-laju selepas membaca entri ini. Dengar cerita, mamat ni yg request sendiri namanya utk diletakkan di blog ini semasa kayuhan offroad minggu lalu. Apa-apapun syabas gua ucapkan kepada Khairul Zainudin atau nama kayuhannya LOND LOOK,keh3.

Notakaki 1: Gua syak, mamat ni sorang je rider berjambang dlm pasir gudang, gua syak jek.

Notakaki 2: Blog gua rider jalan duku, bukan rider tiga suku ok, nak kene flying kick??

20100808

selamat bercuti offroad!



Upacara ritual kayuh offroad ahad berjalan seperti biasa, tapi minggu ni special siket, dia punya special mcm dah tak nak kayuh dah lepas ni. Special sebab lepas ni akan bercuti dari kayuh offroad selama sebulan berpuasa dan juga sebulan raya,lebih kurang macam tulah, tapi tengok mood jugak, agak2 raya ketiga tiba-tiba nak offroad, bantai jugak kan kan kan,hehehe.. Kayuhan untuk bulan puasa ni akan tertumpu pada night ride sahaja, kayuh terus membawa ke sahur katanya.

Notakaki: Nampak tak gua dah pakai baju raya tu, nampak tak,nampak tak??

20100801

4D

Ding ding, tanda ada SMS masuk dalam henpon cokia gua,

63660
Lama tak kena 4D? nombor yg beli lama tak naik? Htr ON TIPS ke 39883! Sifu 4D hebat bagi nombor bocor tepat utk anda! 95% win!

Notakaki: Gua syak sifu dia tak cukup hebat, kalau hebat dia tak buat bisnes secara SMS bodoh-bangang camni.