20111122

kenduri kawen

Bulan ni jek tak kurang 15 kad kawen atas meja gua. Ada yg kenal, ada yg baru kenal, ada yg buat-buat kenal dan ada juga yg tersalah hantar kat gua.

Disebabkan bulan ni banyak tarikh yg cantik-cantik mcm 1.11.11, 11.11.11, dan 20.11.2011, maka berduyun la org nak kawen disamping pulak serentak dengan cuti sekolah, maka menjadi-jadikan acara kenduri kawen pada bulan ini.

Dgn ini gua nak ucapkan selamat pengantin baru kepada hisam hashim (member opis merangkap brader blog kau silap), aziana (member poli), shake (sedara makwe), radhiah, aie dan jeppghii (member mmhe), ipin POH (member riding) , dan juga nuar PSB (member misc).

Semoga berkekalan ke anak cucu hendaknya, cewahhh. Nah amek lagu siketttt.

20111113

Plentong Epic Ride 2011

Lama benar rasanya gua tak update blog. Janggal pula rasanya.

Plentong Epic Ride (PER) merupakan satu ride yg agak mencabar berbanding jamboree-jamboree yg lain . Ini merupakan tahun ketiga PER di anjurkan oleh Cyclemotion dan dibantu oleh kelab-kelab berbasikal yg lain seperti PG Gerek, KBS, Wacycle, Ronda Riadah, Element DH dan beberapa lagi. Trek untuk PER tahun ini sejauh 55km meliputi kawasan Plentong, Ban Foo, Nusa Damai, Seri Alam dan juga Masai.

Untuk PER tahun ini, gua ditugaskan utk menjaga Check Point no 3, dimana para rider-rider yg handal sahaja boleh sampai di CP sebelum cut-off time pukul 1.30 tengah hari kerana jarak daripada starting point ke CP 3 ini jauhnya 43km. Hangpa bayangkan lah macam mana 1st rider boleh sampai CP 3 ni pukul 10.30 pagi, diorang makan bateri ke ape?

Tugas gua di CP 3 cukup mudah, lap no plat, tampal sticker CP, refill air dlm botol, bagi rider air, bagi rider pisang, spray rider krem, spray rantai dll. Amacam? senang bukan.

Apa-apa pun gua ucapkan syabas pada semua rider yg habiskan ride utk PER kali ini. Kalian mmg osem.


Basking dulu sebelum buat kerja.
Rakan-rakan di CP 3
1st dan 2nd rider sampai, jam 1030 pagi
3rd rider
Bekerja keras tampal sticker dan refill air,hehe.







20110719

tingkat 28

Tiga hari berkursus, patah kaki tadak transport, jalan pahang, monorail chow kit paling hampir, bilek 2806, lift mcm puaka, suria ke convention centre,malam hanya layan dvd melayu.






20110630

tf3

Tengok midnight, memang gua layan tido jelah keja dia. Sedar-sedar je tgk Khilafairy tgh berlakon, eh gua tgk filem karak ke hape ni? shit.

Notakaki: Rosie Huntington - Whiteley kayu.


20110623

rider jalan duku 29


Daripada free ride kepada pro ride. Gua harap kayuhan gua pun akan menjadi pro lepas pakai benda alah ni, kah kah kah!!

20110607

seratus tambah

Be, bagi air tin 100plus satu.

"Handred plas abihhh"

Abis tu air ape?

"Owhh, royak loh nok air seratuh tamboh"



Notakaki: Demo loni tok supo mulo.

20110523

NKTM


Bagi gua yg penonton setia Nur Kasih versi series punya, gua bagi versi filem ni 3.5 bintang je. Versi series lagi sedap.

Notakaki: Kenapa Tiz dah tua jadi mcm Afida Es? hahahaha.

20110509

musang king


Tu diaaaaaaaaaaa, first time dalam hidup gua makan durian bayar pakai duit sendiri, serius!

20110506

selamat hari ibu


Hari ibu di Malaysia disambut secara rasminya pada setiap hari ahad kedua bulan Mei. Tapi bagi gua, setiap kali hari gua balik kampung tu lah hari ibu buat mak gua.

Selamat hari ibu, Huzaimah Bte Ibrahim. Semoga impian untuk menunaikan ibadah haji dengan segera tercapai. InsyaAllah.

Notakaki: Gambar tu gua rembat dari album kawen abg gua.hehehe.

20110418

kenduri kawen sepupu den

Pasir gudang - segamat, segamat- bandar seri jempol, bandar seri jempol- felda raja alias ompek.

Amacam jauh tak perjalanan gua. Tema baju kaler pink, tapi sorang pun sepupu gua tak menepati citarasa tema pengantin, maklumlah sedara kawin, sedara yg lain mesti buat kerja ye dak.

Ape-apepun tahniah diucapkan kepada anak pak ngah gua yg bongsu, Farah Yusnida dan pasangannya Abdul Mutholib. Semoga berbahagia ke akhir hayatttt, chewwahh.



20110326

sabtu tanpa beg plastik


Hari sabtu, pergi Jusco Tebrau, gua beli boxer, dah bayar cashier tu cakap hari sabtu tanpa beg plastik, lepas tu gua jalan-jalan jusco sambil pegang boxer kat tangan, naisss.

Notakaki: Nasib baik gua beli boxer, kalau gua beli spender kaler-kaler tadi.

20110323

lesen padi

Gua secara resmi nye dah ada lesen open water diver dari padi. Secara langsung gua lepas ni dah boleh dive dekat sipadan woooooo. Lu orang jangan jeles ok. Nah amek ni siket video gua dive dekat tioman tempoh hari. Lu orang jangan upload dekat youjizzed udah le. Selamat jeles.


20110304

go pero be a hero.


Rider-rider pasir gudang diminta berpakaian senonoh siket semasa ride kerana selepas ini. segala gerak-geri anda akan dirakam dan dimuat naik secara paksa rela di laman sosial facebook dan juga laman video youtube dan segala gerak-geri yang agak-agak berbaur lucah akan pula di muat naik ke laman sosial bervideo youjizzed. Sekian, harap maklum.Kah kah kah.

Notakaki: Gua beli handlebar sama seatpost mounting je, gopro HD tu kredit kpd en akimura.

20110303

bauk ver.2.0

"Dah takde bauk-bauk lagi dah!!
Jahanam punya kedai gunting rambut."

20110227

scene lepak mamak


Gua kecewa, rasanya baru beberapa hari je gua tinggalkan scene lepak mamak, gua telah automatic disingkirkan daripada menjadi mayor. Nampaknya persaingan makin sengit, gua tak boleh buat leceh. Mulai esok, gua pastikan gua lepak mamak 2 kali sehari, barulah gua sentiasa jadi mayor, keh3.

20110221

bauk


Sejak gua ada bauk siket-siket ni kawan-kawan terus nak panggil gua vo-verin, ingat gua suka sangat ke lu org panggil gua dgn nama tu hah??

Dah dah, mulai sekarang, panggil je gua LOGAN, setel. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah.

20110217

perubahan condong

Tengok, gua berjaya mengkotak-katikan tempat kerja gua menjadi seakan-akan mainan, barulah kerja rasa tak berapa nak pressure sangat, kah kah kah.


Notakaki: Pakai kamera hendpon separa canggih gua je, takde dslr canggih2 pong.

20110207

sunday fun ride

Ride ahad lepas memang ossem, walaupun bertiga dan gua aje yg pakai hardtail, yg lagi 2 orang pakai full-sus maestro masing-masing 4 inci dan 5 inci, tapi feel dia lain macam. Gua cakap ossem sebab ini:

1) Ada tanah runtuh akibat air deras, serius mcm canyon beb.

2) Ada lopak air yg sangat lawa, masyaAllah lawa dia.
3) Ada sungai kecil.

4) Dan yg paling ossem sekali, ada awek cun beb, kah kah kah.


Notakaki: Gambar gua cilok dari sini dan juga sini. Walaupun fun ride, distance tetap 30km beb.

20110204

banjir

Trut trut trut, 7.30 pagi, henpon separa canggih gua berdering, Mak Saya!, bermaksud mak gua call. Biasanya mak gua call mesti nak ada benda penting ni. Tak cerita pasal pergolakan kehidupan, mesti cerita pasal aktiviti persatuan yang baru dia ceburi tu.

Tapi kali ini lain pulak kisahnya. Mak gua cakap rumah naik air, banjir. Gua tanya serius tak, dia cakap tak sangat, cuma parat satu anak tangga je. Gua balas ooooo kat mak gua lepas tu sambung tidur balik. Gua bangun dari tidur je ada dapat 2 MMS dari mak gua, boleh tahan trendy jugak mak gua sekarang dah pandai MMS-MMS ni. Dia sent 2 keping gambar banjir kat area rumah gua. Berita lanjut banjir rumah gua boleh baca kat sini, blog adik gua.

Sebelum tu, meh kita pekena lagu banjir daripada HSB ni, layannn.

20110130

gugusan adela mtb ride


Lepas je tayar gua 2 kali pancit, gua dah nekad nak chicken run je kat checkpoint 2 nanti, mana taknya gua da sorong basikal dekat nak 3 km sebab takde tube spare + pump murah gua buat perangai. Tapi sampai je checkpoint 2 jumpe pulak kawan-kawan yg baik hati bagi pinjam tube spare sama pump mahal double barrel.

Checkpoint 2 gua start balik dengan rakan-rakan tepat jam 12.30 tgh hari lepas pekena air 2,3 botol, pisang 2,3,4,5 bijik serta rokok 2,3 batang sorang. Bermula la ekpedisi paling mencabar dalam arena berbasikal gua, hujan memang ossem campur pulak dgn kena ride dalam air paras lutut sebab air sungai dah seberang jalan, sepanjang baki ride sejauh 25km tu la gua redah sambil cuba sedap-sedapkan hati. Berenti jangan tanya berapa kali. Akhirnya gua sampai juga finishing line tepat pukul 3.15 petang, dapat medal sama makanan serta enjoi cabutan bertuah yg sememangnya gua tak pernah bertuah.

Notakaki: Tujuan utama gua nak habiskan jugak ride sbb nak dapatkan medal, tapi gua dengar yg chicken run pun dapat medal ni ape cerite?!!

20110120

kompeten diver

Gua malas nak ulas panjang, exam bertulis gua da kasi setel, tinggal praktikel jek dekat Pulau Tioman bulan depan. Exam memang susah nak mampus, tapi kalau dah memang hebat, nak buat camne ye dak?

Notakaki: Gua harap, gua tak kena nitrogen narcosis nanti, keh3.


20110111

minat

Semenjak dua menjak ni, minat membaca gua semakin kucar-kacir. Asal depan komputer je nak baca, asal depan komputer je nak baca benda ni, ni dengan yang ni. Hamjadah betul. Kah kah kah.

Notakaki: Hidup kene sentiasa update der, baru tak ketinggalan, kah kah kah.

20110110

kerja malam

Oke, ini first entri gua untuk tahun baru ni. Selain daripada membela bauk dengan jayanya serta melunaskan azam gua tahun lepas sama dua tahun lepas, azam gua yang lain ialah nak bekerja keras untuk tahun ini. Keras mana?? Haaaa itu yang kita tak tahu.

Gua ditugaskan untuk bekerja malam pada minggu ini. Bila kerja malam, aktiviti lepak mamak gua terbatas, gua gusar setiap kali tiba waktu lepak mamak gua anggaran dalam pukul 9-12 malam. Demi azam tahun baru gua tadi iaitu untuk bekerja keras, untuk kerja malam kali ini, gua gantikan waktu lepak mamak gua dgn layan dvd pasar borong pandan sama tidur di bilik persalinan.

Sekarang dah tak gusar lagi, setel.