20110130

gugusan adela mtb ride


Lepas je tayar gua 2 kali pancit, gua dah nekad nak chicken run je kat checkpoint 2 nanti, mana taknya gua da sorong basikal dekat nak 3 km sebab takde tube spare + pump murah gua buat perangai. Tapi sampai je checkpoint 2 jumpe pulak kawan-kawan yg baik hati bagi pinjam tube spare sama pump mahal double barrel.

Checkpoint 2 gua start balik dengan rakan-rakan tepat jam 12.30 tgh hari lepas pekena air 2,3 botol, pisang 2,3,4,5 bijik serta rokok 2,3 batang sorang. Bermula la ekpedisi paling mencabar dalam arena berbasikal gua, hujan memang ossem campur pulak dgn kena ride dalam air paras lutut sebab air sungai dah seberang jalan, sepanjang baki ride sejauh 25km tu la gua redah sambil cuba sedap-sedapkan hati. Berenti jangan tanya berapa kali. Akhirnya gua sampai juga finishing line tepat pukul 3.15 petang, dapat medal sama makanan serta enjoi cabutan bertuah yg sememangnya gua tak pernah bertuah.

Notakaki: Tujuan utama gua nak habiskan jugak ride sbb nak dapatkan medal, tapi gua dengar yg chicken run pun dapat medal ni ape cerite?!!

20110120

kompeten diver

Gua malas nak ulas panjang, exam bertulis gua da kasi setel, tinggal praktikel jek dekat Pulau Tioman bulan depan. Exam memang susah nak mampus, tapi kalau dah memang hebat, nak buat camne ye dak?

Notakaki: Gua harap, gua tak kena nitrogen narcosis nanti, keh3.


20110111

minat

Semenjak dua menjak ni, minat membaca gua semakin kucar-kacir. Asal depan komputer je nak baca, asal depan komputer je nak baca benda ni, ni dengan yang ni. Hamjadah betul. Kah kah kah.

Notakaki: Hidup kene sentiasa update der, baru tak ketinggalan, kah kah kah.

20110110

kerja malam

Oke, ini first entri gua untuk tahun baru ni. Selain daripada membela bauk dengan jayanya serta melunaskan azam gua tahun lepas sama dua tahun lepas, azam gua yang lain ialah nak bekerja keras untuk tahun ini. Keras mana?? Haaaa itu yang kita tak tahu.

Gua ditugaskan untuk bekerja malam pada minggu ini. Bila kerja malam, aktiviti lepak mamak gua terbatas, gua gusar setiap kali tiba waktu lepak mamak gua anggaran dalam pukul 9-12 malam. Demi azam tahun baru gua tadi iaitu untuk bekerja keras, untuk kerja malam kali ini, gua gantikan waktu lepak mamak gua dgn layan dvd pasar borong pandan sama tidur di bilik persalinan.

Sekarang dah tak gusar lagi, setel.