Tahun kedua gua join event yg berprestij ini. Tak banyak perubahan dengan tahun lepas tak kira dari segi goodies bag, persembahan, bunga api dan tak lupa sama gadis red bull, semuanya lebih kurang sahaja. Cuma beza tahun ini kehadiran kami disulami dengan hujan yg mengakibatkan trek menjadi sedikit licin.
Dari starting point nak ke CP 1, 18km, 8km road, 10km offroad. CP 1 gua macam biasa, rampas air, teguk sambil ride. CP1 nk ke CP2 tak jauh, 5km sahaja. CP2 pun gua buat pe'el sama, rampas air, teguk sambil ride. Ride kali ini gua tak byk berhenti mcm sebelum2 ini, gua rasa dah ada improvement sejak pakai kasut ada kelip ini. CP2 ke CP3 pun 5km juga, gua sekali lagi buat pe'el sama dan begitulah juga utk CP3 nak ke CP4.
Cabaran datang pada CP4 nak ke CP5, 5km offroad single-track yg sedap dilayan tetapi hujan petang tadi buat trek menjadi licin, gua aje rekod peribadi 5-6 kali hampir menyungkap. 5km single-track jadi tak sedap mane. Sampai CP5 dah terus road sampai ke finishing line. Gua sampai tepat jam 12.45 mlm sekaligus melenyapkan rekod tahun lepas gua iaitu pada pukul 1.30 pagi. Posisi gua 701 dr 1500, serius not bad try again kata orang, kah kah kah.
Baru nak gerak dari kedai panjang.
Pagoh, parking ala-ala bas dekat parking bas.
Dataran Ayer Keroh.
Preparasi 1.
Preparasi 2.
Gua sama no plat hikmat, kah3.
Lucky draw, bottle cage JetBlack, cool.
Terbksss.