20091212

cowboy nite ride

SMS dari Panjang memberitahu ada nite ride setelah setelah sekian lame ride siang hari, last nite ride tak silap bulan puasa itu hari. Jadi aku pun tak lepaskan peluang untuk me-nite ride kan diri, dua tujuan, satu nak tambah stamina, satu lagi nak uji pandu hydro break baru yg dibeli 2nd hand dari Helmy dan juga rantai XTR yang baru, ahakss..

Ride start tepat jam 9.30 malam, tersasar setengah jam dari waktu asal, lebih kurang 15 rider ambil bahagian malam tadi, ada yg otai, ada yang baru, ada perempuan, ada yg pancit, ada yang laju, ada yg sederhana..

Start dari Ruza Kafe Tmn Scientex membawa ke Tmn Cahaya Masai terus offroad siket ke Tmn Kota Masai potong ke Tmn Pasir Putih dan terus ke Tanjung Langsat, sampai Tanjung Langsat je da 20km, penat memang penat, tapi berbaloi, cuaca pun ok, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Rehat seketika di Tanjung Langsat dan terus sambung ride ikut jalan belakang Tanjung Langsat, ikut area kilang-kilang dan terus menuju ke Tmn Air Biru untuk destinasi minum2 di kedai Ontot.

Lebih kurang setengah jam lepak pekene nes o ais, jam menunjukkan pukul 12 tgh malam, sambung ride ke Ruza Kafe ikut jalan bukit layang-layang potong Jln Litar terus ke Tmn Bukit Dahlia ke Tmn Cendana dan terus ke Tmn Sceintex. Sampai Ruza Kafe lebih kurang pukul 12.45 malam, totol distance untuk malam tdai 37.8km, agak jauh untuk nite rite, tapi xrasa jauh pun.

Gambar time layan korner telekom, asyikk..

Notakaki 1: Ride yang laju aku rasa, start 9.30, 12.30 dah habis utk 37..8km plus minum2 dan rehat2.

Notakaki 2: Tang mane nite ride ala koboi pun xtau ler

Notakaki 3: Biasalah nite ride, gambar gelap je, da nama pun nite ride, ahakss..

20091101

kayuhan mencari jalan epic ride

Panjang tajuk entri bersamaan panjangnya cerita ride aku minggu ni, datang seawal pagi kat area Plentong dan terus sarapan nasi lemak sambal power dengan Akmal then terus ke tempat berkumpul depan rumah Neo. Agak ramai yg dah datang, geng-geng Cyclemotion dan beberapa geng-geng sendiri pun turut hadir memeriahkan upacara. Ada yg bawak parang, tukul dan juga penyapu. Penyapu??

Semangat datang seawal pagi.

Start ride lebih kurang jam 8.45am gitu, pecah kepada 2 team, satu team kuat untuk kayuh 55km dan satu team sederhana untuk kayuh 30km, aku berat kearah team sederhana sebab dah jemu kayuh 55km,kekeke..

Kayuh sikit berhenti,kayuh siket berhenti sebab tunggu kawan-kawan belakang sebab jalan baru takut ada yg sesat menyebabkan ramai rider handalan seperti Akmal dan aku hilang fokus, jadi mulalah pancit tak keruan. Pukul 11.30am baru 10km ride.

Cabaran bermula.

Sampai separuh jalan dah bertembung dengan team kuat 55km dan terus ride sama2 buat-buat line clear kata orang. Kemudian pecah lagi ke 3 team pula. Team satu ditugaskan utk kerja-kerja cantas-mencantas, team 2 terus ke arah Nusa Damai, team 3 dah hilang entah kemana.

Rider tegar,macam tak reti penat.

Aku ikut team 2 terus ke arah Nusa Damai, sampai Nusa Damai je dah 30km, singgah jap kantin kontrek buat MRSM pekene Milo ais dengan pisang, ada yg ektrim bedal nasi lauk ayam pun ada.

Gambar kenangan bersama Kantin Kontrek.

Oleh kerana dah berada di Nusa Damai dimana penghujung jalan untuk epic ride nnt, jadi kiteorang kene patah balik kearah Plentong yg jaraknya kira2 25km lagi, jam dah pukul 2.39pm, bile nak sampai rumah agaknya, jadi aku bersama bekas rider Le tour De Langkawi, Khairul chicken run terus kerumahnya lebih kurang 2km dr kantin kontrek.

Sampai rumah Khairul, rehat jap dan terus suruh membe de anta kami ke Plentong untuk ambil kereta. Balik dari ambil kereta pekena Air Kelapa Bakar sepam,terus ke rumah masing-masing.

Layan kelapa bakar lagi bagus.

Notakaki 1: Ride 3okm jek,tapi penat kalah ECC Burung Hantu 45km.

Notakaki 2: Helmy, lain kali kunci jam ataupun berjaga terus jangan tidur kalau susah nak bangun pagi, kan dah kena tinggal,hehehehehe...

20090925

operasi sikap


Ni yang leceh bila kerajaan pun nak duit raya dari aku ni, RM300 untuk memandu selaju,eh seperlahan 85kmh di lorong 70kmh. Kalau settle tepi RM50 jek kot. Terima kasih lah sama Sarjan Misai. Hidup roda-roda Kuala Lumpur.

20090829

surat buat sarah

Dear Siti Sarah,

Sarah, kenapalah perangai kau ni macam ni? Kenapalah mulut kau ni longkang sangat? Sanggup kau beritahu semuanya pada Adam sehingga bergaduh dengan abangnya? Kau ingat dengan taktik kotor kau talifon Jais tempoh hari boleh berjaya ke hah? Sedarlah Sarah, kau tu tak cantik mana kalau nak dibandingkan dengan kakak kau, si Nur tu. Memang patut pun mak kau cakap kau pemalas, memang patut pun Mak Jah tak bagi kau buat air, dia lebih percayakan si Nur tu. Nur memang yang terbaik, kau apa ada? Kesian Wanie kau khianat sampai dia berhenti kerja sebab kau yang tergila-gilakan si Aidil tu. Kau ingat Aidil tu suka sangat ke perangai kau yang tergedik-gedik tu? Sedarlah Sarah, baik kau kerja je kat MAS tu, surat tawaran yang kau koyak tu kau tampal balik elok-elok, insyaAllah diorang akan terima kau kerja. Aku harap, hari Jumaat depan kau berubah. Contohilah kakak kau, si Nur Amina tu.

xxx

CC: Kabir Bhatia
: Mira Mustaffa
: Francis Foo

Siti Sarah, sila ubah perangai!

20090819

SMS dari lahad datu

sabtu lepas,

ding ding.. SMS masuk,

"assalamualaikum sobat, sori lambat bagitau, ari ni aku sanding, hahaha - ikram"

..............................................................................................

Perghh, tak sangka langsung, dulu si Ikram ni black metal habis, laci locker kamsis Hi-Tech 1 nya penuh dengan kaset-kaset Dimmu Borgir-lah, Children of Bodom-lah, Cradle of Filth-lah, As-Sahar-lah dan banyak lagi yang memaparkan tengkorak dan juga tulisan tajam2 sebagai kulit kaset tu tup-tup dah kawen pulak, mane aku tak terkejut dapat SMS cam tu..


Semalam, 10:30 malam,

Trut..trut.. (aku call dia)
Ikram: Hello, aku da tidur lah..
Aku: Ops sori, kan awal lagi beb..
Ikram: Sini sabah malam awal lah..
Aku: Ok faham, bye..

rumah sewa kong-kong, april '05

Selamat pengantin baru bro, semoga lekas dapat anak, boleh bagi nama Dani Filth, wakakaka..

20090811

telinga syaitan

Ni yang gua rasa nak pergi pejabat astro langgan pakej Mustika ni, kepala hotak dia Din Beramboi punya lawak, memang tahap pecah perut lah si-al...


(Minit ke - 3:54)

20090725

pasir gudang - muar - melaka

Petronas Penapisan Melaka Jamboree, 48km yang sangat hebat, trek ladang getah dan kelapa sawit yg sangat bersih, bukit jangan ditanya berapa, brek belakang aku skru tertanggal menyebabkan aku layan downhill dengan menggunakan brek depan je. Nasib baik tak tertonggeng dekat laluan batu-batu kecil. Ape-apepun aku dapat jugak habiskan jamboree ni walaupun di kelompok terakhir.Hehehe..

kereta rasmi, EG's Perdana

bandar Muar

seng hin bicycle, Muar

masjid Muar


track briefing @ PPM


start / finish @ Pantai Puteri

water stop


end of Jamboree


Taman Buaya Melaka. Ayer Keroh

Go back to JB!!

20090712

ghost episode 13

" u kena buat pilihan, pilihlah untuk hidup"

Finally habis jugak dan secara automatiknya aku dah ada full episode yang telah didownload. Kemungkinan season 3 akan muncul sangatlah cerah sebab endingnya sangatlah subjektif. Apa-apapun yang berlaku kena ingat bahawa ini ialah cerita fiksyen alaf baru. So tak payah nak musykil kenapa ini dan kenapa itu. Hehehe...

20090620

47 km/h


Gua syak, kutu Seri Kembangan pun kecut perut nak turun hill macam ni, owh lupe, tayar sotong mana kacip dengan offroad.Ahaks..

Statistik berat badan gua:

Takde beza, sebab sebelum ride gua dah bedal roti kosong sama nes tarik pastu habis ride gua makan nasi lauk ayam campur sayur sama ais kosong,nes ais dan juga nes o ais. Tak kisah pun, janji keluar peluh.

Statistik daripada Cateye Enduro 8 gua simpan jek la,kang publish macam klise dan nak elakkan daripada kontroversi pihak ketiga.Sekian.

20090619

d-24

Memang heaven betul makan durian dalam opis time kerja. Dengan air-cond lagi, tempat yg limited, kami tetap gagahi untuk mendapat nikmat makan durian ni. Bau bilik ni jangan cakap lah, pakai ambi-pur 10 botol pun still kalah lagi dengan bau ni. Memang heaven sangat, dah nak sambung makan balik..

Nota: Sekalung terima kasih untuk Hj. Fahmi sebab sponsor durian ni, dah dua kali dah, janji nak share-share,last-last tak payah bayar pulak.

20090618

mae-munah

Gua berasa simpati jugaklah dekat member gua, Jibam Caltex dan kekasih atas kehilangan kucing kesayangan mereka tanpa berita tempoh hari. Akaun Facebook pun dah dibuat khas untuk si Munah ni,tetapi tetap juga memilih untuk menghilangkan diri.

Teringat pesan mak gua dulu-dulu, kucing ni tak boleh ambil gambar,kalau ambil gambar nanti hilang,sebab tu lah kebanyakkan kucing yang hilang ada gambar. Betul jugak kan.

Nota: Teringin nak bela ikan laga balik macam masa budak-budak dulu.

20090615

rekoding artis

Bukan senang nak jadi rekoding artis ni, proses rekoding tu sendiri je dah makan masa berjam-jam, kadang-kadang boleh membawa ke berhari-hari. Tapi tu sume adalah lumrah untuk bergelar seorang rekoding artis .

Segala pahit, jerih semua terpaksa diredahi untuk menjadi seorang rekoding artis yg disegani ramai dan juga yg akan disanjung apabila veteran nanti. Ramai rekoding artis yg kecundang dipangkal jalan dan juga ditengah jalan disebabkan oleh tidak menjaga disiplin, degil, keras kepala, angkuh dan sebagainya.

Kesimpulannya,contohilah rekoding artis ini, berdisiplin, berbudi pekerti dan juga manja.Ahaks!




*video terpaksa diremove atas alasan keselamatan,harap maklum.





Nota: Yang mamat last baju biru muda tu hanguk-hanguk kepala apesal? Nak jadi rekoding artis gak ker? Ahaks lagi skali..

20090614

ghost (tapi tak seram pun)

"alam pun dah mati, fariz merelakan untuk mati, next siapa punya turn pulak? Edmund Soo? "

Cerita ni dah masuk episod 9,tapi makin rumit,nak cari siapa pembunuh sebenar,apa motifnya? Adakah Romeo betul-betul yg bunuh semua dan siapa pula Sara? Zack Imran pun dah muncul kembali, apa pula motifnya? Siapa yg sebenarnya bunuh Harum? Alicia Soo pulak macam mana?

Ah,ini semuanya cerita rekaan yg buatkan kepala otak aku serabut dan tak sabar jek nak tunggu tiap-tiap pukul 10 malam ahad, saluran 708. Memang satu-satunya cerita Malaysia yg lain daripada lain lah.Cilakak betul..

Nota: Aku dah donlod episod 1-8, tunggu complete,aku plan nak hantar kat tokey DVD pasar borong pandan jek.

20090609

epilog cinta - boboy

Gua syak sejak kes ni lah kutu Putrajaya sorang ni jaki dengan gua bila gua hapdet blog pasal aktiviti berbasikal gua. Prinsip gua senang jek,lu ada basikal lu kayuh,lu ada kasut futsal jenama Abidas,lu main futsal. Lu ada buku teks fizik tingkatan 4,lu baca.Peperiksaan penggal kedua dah dekat dah ni..

20090605

johor bahru night ride

Plan asal :  Danga bay - Bukit serene - Nong Chik - Larkin - Larkin Perdana - Kg. Melayu - Kebun Teh - Holiday Plaza - Sentosa -Pelangi - Segget -Danga Bay. 

Tapi disebabkan banyak traffic light, ride group dah terpecah kepada 3. Group aku terpotong dari Kebun Teh terus ke Segget disebabkan salah faham. Hahaha,anyway, still ride yg hebat juga. Thanks Mr. Organizer,next time roger2 lagi.

Stats:
Total Distance: 27.23km (kalau ikut plan asal jejak gak 30km++)
Average speed: 17.7km/h (ride
rilex2 jek)
Max speed: 50.0 km/h (bukit mmg
champion)
Ride time:1 hour 32 mins 17 secs
Total ride time: about 3 hours 


Nota: Turun ah JB kalo nak try ride dgn budak-budak muda, asyik ride dgn otai je,hehehehe.

20090601

cuti-cuti malaysia

aku: isnin ni aku cuti tau, ada family matter siket nak kasi settle

rakan seprojek: weh,aku nk cuti gak,nak anta mak aku umrah ni,flight kat Singapore

aku: hah, hurmm ko cuti half day ah,aku dah lame apply ni,boss da approve pun..

rakan seprojek: yelah-yelah


Nota: Famliy matter sangat, cuti-cuti Malaysia yop,lame dah tak berehat sakan,yeahhh..

20090524

sunday offroad

Hari ahad aku minggu ini terisi dengan begitu mencabar sekali. Pagi-pagi lagi seawal 0730hrs aku dah bersiap-siap masukkan basikal dalam kereta dan menuju ke Restoran Ruza Nusa Damai, pusat berkumpul ahli-ahli paru-paru empat.

Start ride sekitar jam 0830hrs. Offroad area Nusa Damai dan Seri Alam yang sangat-sangat mencabar bagi aku, pancit? sangat pancit sebenarnya. Tapi memang fun habis dengan rider-rider lain yang sangat sporting dan enjoy memanjang. Sekali je aku jatuh masa layan downhill celah-celah pokok getah. But, no injury and property damage.

Stats:
Total Distance: 22.27km
Average speed: 11.4km/h
Max speed: 46.5 km/h (downhill beb)
Ride time:1 hour 56 mins 02 secs
Total ride time: about 4 hours (banyak checkpoint,hahaha)


Rest kat kongsi neng-neng indon. Tengah-tengah kebun getah,rare beb!!

Ehem-ehem

Hasil kayuhan,jenuh aku menyental..

Nota: Ni baru mountain bike, bukan road bike. Tayar mesti 2.0 keatas, bukan 1.5.Hahaha..

20090522

mari bersukan juga

Setakat ini:Dengan ini:
Selamba jek gua tapau dengan ini:Sebab ini:
12.5kg jek beb.

Nota: Lu orang nampak tak rotor depan gua brape inci? Tunggu gua turun Putrajaya jek. Replica tak replica. Fit tak fit tu belakang kira ok.

20090514

taiko JJ


Macam ni boleh sangat ke nak bawak pergi majlis? Gua ingat kalau macam ni, pergi majlis daerah pun kene reject. Ada hati nak jadi Johor Jaya Punya Taiko lak tu. Hak tuih..

20090513

Duku 29 - MMHE


View Larger Map

Ingat hari ahad ni nak pergi opis mengayuh lar,cari stamina untuk tour Bali hujung tahun ni.. Kalau weekday kayuh, confirm kene langgar lori kat simpang 3 opis aku. Alah,8km je ke, ingat jauh tadi...

20090507

hayunan berantai

Klik sini untuk lebih jelas

Gua ingat nak usha-usha siket barang-barang rare nak kasi kuda putih gua makin mengancam, tapi lain pulak yg gua jumpa. Gua syak ni mesti kerja kutu-kutu yang tengah kemaruk hayun-hayun kayu separa besi kat driving range ni lah, gua suspek je,bukan tuduh-tuduh. Hak tuih.

20090430

sukses-sukses

Scientex - Nusa Damai -Seri Alam - Megah Ria - Permas Jaya - Senibong - Permas Jaya - Seri Alam - Masai - Cendana - Scientex.
  • Total distance: 35.79km
  • Average speed: 18.4km/h (this is awesome record for beginner)
  • Max speed: 45.0 km/h
Nota: Mana suara-suara sumbang nak potong jari lah, 6 botol air lah,berenti 20kali lah, mana? Meh aku sekeh kepala sekor-sekor.

20090428

night ride

Amacam, ada berani kayuh malam-malam? Tak takut hantu? Tak takut Ponti Anak Remaja? Rugilah kalau Cateye Blinker dengan Cateye Hologen Light dah beli tapi duduk rumah tengok diari AF je malam-malam.

Nota: Kepada geng Seri Kembangan, watch out!!

20090416

gunung panti

Sedia maklum ini merupakan kali pertama aku mendaki gunung,ya pertama kali walaupun umur dah mencecah angka 24. Gunung panti tak lah tinggi mana pun, cuma lebih kurang 1,498 kaki ataupun 456 meter dari paras laut. Aku memang eksaited sangat-sangat ni.


Jam 0930, kenderaan yang membawa kami dari tempat penginapan di Kota Tinggi Waterfall resort sampai untuk membawa kami ke kaki gunung.4 trip untuk mengangkut kami seramai 55 orang. Yeah, naik pikap beb,ahaha.


Jam 0945,sampai di kaki gunung, bacaan doa ringkas diadakan bagi menggelak kejadian yang tak diingini berlaku. Aku dah ready untuk mendaki,yeah..


Jam 1000,kami mulakan pendaki, trail agak licin dan berlecak.Semua halangan aku redah je dengan tabah. Kasut getah jenama Bowling yang aku pakai atas nasihat pendaki tegar memang champion,tak payah nak pikir kotor,basah,licin semua boleh.


Jam 1130,setelah sejam setengah mendaki,tibalah halangan yang paling sukar aku rasa, laluan berbatu, 87.44 darjah kecondongan tanpa ralat paralaks. Dengan bantuan tali,memudahkan lagi pendakian.


Jam 1200,tiba dipuncak,aku masih lagi steady, masing-masing sibuk check kasut, takut-takut ada pacat yang follow. Nasib baik aku takde,memang berkesan Tiger Balm aku sapu keliling kaki.


Jam 1430, sampai semula di kaki gunung,seperti biasa, aku masih steady,solid dan rasa macam dah turun 5 kilogram.Hehehe

Nota: Esoknya aku masuk kerja halfday petang, steady jadah. Aku masih tak se-fit rakan-rakan.Ya, akur.